Salam Hormat
“Mawar Putih” Untuk Cikgu!
White roses have several meanings:
“You’re heavenly,” reverence and humility, innocence and purity, “I’m worthy of you,” and secrecy and silence.
White roses are sometimes called the “flower of light” and are the bride’s roses. They symbolize unity, sincerity, loyalty, purity, and a love stronger than death.
White roses can be mixed with red to emphasize the meaning of love, while white rose buds are an appropriate gift to a young girl from her father.
———-
Sumber Tambahan :
http://www.proflowers.com/flowerguide/rosemeanings/whiterose-meanings.aspx
(ii)
Mendepani Perubahan. Menangani Perubahan
Tidak ada yang tidak berubah dalam kehidupan ini. Perubahan sentiasa berlaku, sebagaimana siang dan malam silih berganti. Malah, pesat sekali – hingga panggilan kuno, dinasour, ketinggalan zaman, katak di bawah tempurung (dsb) menjadi milik seeorang yang tidak perasan tentang hadirnya perubahan atau mengabaikan perubahan.
“The heart of change is movement, transition and discontinuous”.
Zaman berubah. Dunia ikut berubah. Dan manusia berubah mengikut zaman dan dunianya. Yang tidak berubah hanyalah perubahan itu sendiri! Perubahan perlu didepani dan ditangani dengan kebijaksanaan. Dan pendidikanlah yang paling dekat dengan citra membawakan perubahan.
Di sekolah, gurulah agen pencakna agenda perubahan, memakmurkan sekolahnya dengan citra ilmu, kemahiran dan nilai, diadunsemarakkan ke dalam minda, sanubari dan jiwaraga muridnya. Ironinya, mengupayakan perubahan tidak semestinya menghasilkan perubahan atau penambahbaikan.
“All improvement is change. But not all change is improvement” [Stoll, 1992]
“Many changes are implemented in schools, but nothing changes” [Dr. Philip Hallinger].
Perubahan yang tidak diurus dengan bijaksana bukan sahaja tidak berkesan, tetapi boleh pula mendatangkan masalah baru. Dalam perspektif pengajaran-pembelajaran misalnya, guru dan murid adalah makhluk dua generasi berbeza yang dibezakan pola perubahan yang melanda zaman dan dunia masing-masing.
Lantas, menjadi bermasalah dan rumitlah jika guru masih hanya mengekalkan pendekatan ‘masa silam yang serasi (sebati) dengannya’ untuk mendidik murid yang lahir dari zaman dan dunia yang berbeza. Amalan lama, dengan cara pemikiran yang lama, tentu sukar dapat menyelesaikan masalah baru, apa lagi dengan kompleksiti cabaran pendidikan semasa, malahan mungkin tidak lagi relevan dengan keperluan pendidikan masa kini!
Ertinya, mahu atau tidak mahu, guru kena berubah – mendidik murid mengikut zaman dan dunia muridnya!
(iii)
Guru Adalah Segala-galanya
Di sekolah, bukankah guru pendukung kepelbagaian peranan? Daripada guru di bilik darjah dan di padang sekolah kepada ibu bapa, hakim, peguam, jurujual, kaunselor, polis, kerani, budak pejabat, tukang kebun, jaga, pembaikpulih komputer, mekanik (dsb).
Demikian anehnya. Semuanya perlu dikendalikan sebaik mungkin atas nama keperihatinan pendidikan, ke arah pembinaan sistem penyampaian yang ‘ampuh’ demi manfaat anak murid penjana masa depan negara.
Guru perlu menjadi lebih cekap, lebih berhemah dan berkesabaran tahap tinggi dalam merealisasikan visi dan misi membawakan perubahan, termasuk kemampuan mendendangkan laguan ilmu dengan muzik persekitaran yang harmonis dan kondusif demi membangunkan manusia berminda kelas pertama!
Demikianlah hebatnya. Lalu disimpulmatikan saja : “Guru Adalah Segala-galanya” meskipun barangkali akan tetap ada suara-suara nakal yang akan bertanya : Di mana letaknya entiti guru sebagai “profesional” ?
(v)
Belajarlah : Gurukah Aku?
Tidak mudah membawakan watikah kuasa dan tanggungjawab profesionalisme keguruan dalam era globalisasi ini. Hingga tidak semua guru ‘boleh’ atau ‘layak’ bergelar guru hanya kerana pemilik segulung ijazah atau diploma keguruan. Guru masih perlu menerobosi liku-liku eksperimental dalam memaknakan kehadirannya sebagai guru sepanjang zaman. Guru kepada anak muridnya dan guru kepada dirinya sendiri.
Lantas, sampai bila-bila pun, guru adalah murid yang masih perlu terus belajar menjadi guru. Hingga mampu menjawab soalan “Gurukah aku?”
___________________________________________
Sekian.
- SEORANG AKU