Salam hormat,
Dipaparkan sebahagian foto pilihan daripada Peristiwa BERSIH 3.0
di Dataran Jalanraya sekitar Kuala Lumpur, 28 April 2012.
[Foto daripada pelbagai sumber blog dan akhbar harian online]
__________________
Perhimpunan aman kami DUDUK BANTAH aje... tak lebih tak kurang.
Bukan saja di Dataran Merdeka, tapi juga di seluruh negara dan dunia...
Dan Ambiga kami dah kata,
“We will be the first to hand anyone who misbehaves to the police,”
Bukan saja di Dataran Merdeka, tapi juga di seluruh negara dan dunia...
Dan Ambiga kami dah kata,
“We will be the first to hand anyone who misbehaves to the police,”
Dataran Merdeka tetap jadi pilihan. Stadium Merdeka kami dah tak minat.
Selamat menyambut kedatangan kami yaa...
Bersama Pengerusi kami... calon menteri wanita tu, layak jadi Menteri Dalam Negeri! Dia lebih berani daripada menteri yang sedia ada. Nampak ceria dan berseri-seri. Manakan tidak, peserta demo kali ini pasti lebih ramai daripada yang dulu-dulu.
Melepaskan lelah bersama Pengerusi Bersama kami... Kesian dia, tengah semput tu !
Haa, inilah Pemimpin Anugerah Tuhan kami, sumber inspirasi kami. Calon Perdana Menteri tu... Kalau dia jadi PM nanti, tentu hari-hari kami boleh buat demonstrasi dengan bebas... atau mungkin dah takboleh lagi, sebab perjuangan udah selesai?
Hamparan kuning "diimaginasikan" membanjiri dataran Merdeka (?) dan jalanraya KL,... hebat bukan ? Siapa DBKL nak nafikan hak rakyat...
Kami sedang DUDUK BANTAHlah ni...
Belajar berenang, mana tau pancutan air meriam FRU membanjiri jalanraya...
Destinasi belum kesampaian. Betul ke- ni jalan ke Dataran Merdeka?
Kalau macam ni payahlah nak takluk Dataran Merdeka...
Bukankah Pemimpin Anugerah Tuhan kami dah beri amanat tadi, takluk Dataran Merdeka ni. Takluk, jangan tak takluk!
Bukankah Pemimpin Anugerah Tuhan kami dah beri amanat tadi, takluk Dataran Merdeka ni. Takluk, jangan tak takluk!
Seronok jugak bermain gas pemedih mata ni...
Peluang berpesta macam ni bukan senang nak dapat yop....
Ni dia penghalang kerja murni kami... Kita kerjakan dia...
Kehebatan Perhimpunan Aman kami. Ambiga pun takjub pada kami... Katanya dia tak suruh kami buat macam ni...
Yang kami terbalikkan ni harta kerajaan, harta rakyat jugalah tu... Kalau buat macam ni baru ada power. Kerajaan pun bukan boleh buat apa-apa pada kami... apalagi barisan peguam kami hebat-hebat belaka.
Tengok, beraninya Unit Amal kami. Ayuh semua, kita SERBU!!!
Tak dapat bertempur dengan si topi merah, dapat lepas geram kat benda yang ni pun jadilah...
Ha.... macam inilah caragayanya... baru ada makna! Taklah sia-sia mai kat sini! Datang setakat duduk bantah buat apa...
Ehh, mula-mula tadi BERSIH, kenapa akhirnya jadi KOTOR? Biasalah, cakap memang tak serupa bikin. Dan, Ambiga dah suruh kami balik, Katanya, kami dah menang walaupun tak dapat takluk Dataran Merdeka. Calon PM kami tentu puashati walaupun sedikit hampa, kan?
Takapalah. Seluruh dunia dah saksikan kehebatan kami menghuruharakan KL demi pemimpin yang kami cintai. Kami tunggu BERSIH 4.0, mungkin di Stadium Merdeka kot...
Demikianlah persembahan kami hari ini.
Berjaya tapi gagal. Gagal tapi berjaya.
Kata Abiga, hari ini hari bersejarah buat kami. Kami dah berjaya dan desakan kami sudah didengar...
Dan Ambiga kami mengaku yang dia gagal tunai janji untuk kawal peserta DUDUK BANTAH.
Baca di SINI dan di SINI.
Kata Abiga, hari ini hari bersejarah buat kami. Kami dah berjaya dan desakan kami sudah didengar...
Dan Ambiga kami mengaku yang dia gagal tunai janji untuk kawal peserta DUDUK BANTAH.
Baca di SINI dan di SINI.
Pada kami, yang salah tetap kerajaan dan polis. Mereka patut dipertanggungjawabkan atas apa yang terjadi. Apa-apa pun, 388 kawan kami yang ditahan polis tu dah dibebaskan.
BERSIH 3.0 memang menjanjikan DUDUK BANTAH...
tapi duduk bantah mana ada dalam kamus perjuangan kami!
____________________
SEORANG AKU
No comments:
Post a Comment