Dari Harakah ke blog dinturtle, foto berikut disinggahkan di blog ini.
Cantik foto ni. Di Masjid Nabawi lagi.
Cantik foto ni. Di Masjid Nabawi lagi.
Kata dinturtle, MasyaAllah...... apa dah jadi ni ?
Kataku, yang dah jadi tu jadilah, Din. Perhimpunan Aman tu. Menyokong yang bersih tu kan elok. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Cuma, yang nak jadi tukang bersih tu betul-betul bersih ke-?
Yalah. Yang dah terjadi tu biarlah. Yang 28hb ni di Dataran Merdeka, apa nak jadi?
Kata DBKL, takboleh guna Dataran Merdeka. Kata BERSIH 3.0, itu padang rakyat yang punya - "It's our padang and we've the right to use it."
Dan berita terkini melaporkan bahawa Dataran Merdeka akan ditutup sementara.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuatkuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad ini.[ sumber : mStar Online ]
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan, Khamis, berkata penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.
Kita tunggu sajalah Sabtu ni. Yang akan terjadi pasti akan terjadi.
(ii)
Membaca blog orang lain, teringat akan blog sendiri. Selalu kewalahan untuk dikemaskinikan. Konon nak menyepi menyendiri. Nak pencen berblog. Tapi sukar jugak rupanya. Masih ada rindu membisik - bersantailah lagi. Sementelah ada jugak yang sinis memperli - "Hangat-hangat tahi ayam engkau ni... Engkau kan dah tak sibuk lagi! Membaca blog orang lain memang seronok, tapi usahlah abaikan blog sendiri".
Ingat ayam, teringat akan Pak Kaduk. Ayam dia menang bersabung, tapi kampung dia boleh tergadai pulak. Ahh, malang sungguh nasib Pak Kaduk ya. Tapi, apa nak buat kan, akalsihatnya tak mengenal tipu muslihat gelanggang pertarungan.
Tapi, pada zaman gila berpolitik yang serba canggih ni, di negara ini, bermatlamatkan penaklukan (perampasan) Putrajaya, bertopengkan demokrasi yang berdoktrinkan kebebasan bersuara, hak asasi manusia dan konsep keadilan-kesamarataan ciptaan sendiri, udah terlalu banyak kaduk yang dah naik junjung!
Maka Pak Kaduk yang berbajukan kertas dan bersorak kegembiraan kerana kemenangan ayam sabungnya itu terpaksa kembali ke rumah dengan bertelanjang bogel, dan ternyata bahawa dialah sebenarnya yang telah menggadaikan kampungnya sendiri. Demikian adanya.
Maka semoleknya diambil pengajaran, dan berhentilah daripada menjadi Pak Kaduk atau dijadikan Pak Kaduk.
Maka Pak Kaduk yang berbajukan kertas dan bersorak kegembiraan kerana kemenangan ayam sabungnya itu terpaksa kembali ke rumah dengan bertelanjang bogel, dan ternyata bahawa dialah sebenarnya yang telah menggadaikan kampungnya sendiri. Demikian adanya.
Maka semoleknya diambil pengajaran, dan berhentilah daripada menjadi Pak Kaduk atau dijadikan Pak Kaduk.
_______________________
- SEORANG AKU
No comments:
Post a Comment