Salam hormat,
Sekadar untuk santapan minda sempena cuti Hari Pekerja, disertakan klip video pada akhir tulisan ini untuk direnungfikirkan.
Dalam sistem demokrasi, rakyat merupakan penentu hala-tuju kepimpinan politik dan nilai kenegaraan. Setiap pemimpin hadir dengan kekuatan dan kelemahan. Pun begitu, setiap tuturkata dan tingkahlakunya perlu ada pertimbangan kebijaksanaan dan pertanggungjawabannya.
Permainan politik adalah proses pembinaan persepsi dan pengaruh. Sulit untuk mencari pemimpin yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan kerana survival kerjaya politiknya Perjuangan untuk dan demi rakyat lebih kerap dikaburi oleh sentimen memperoleh kuasa.
Sehubungan itulah, setiap wacana pembicaraan sang pemimpin mungkin saja mengandung salah betulnya. Yang diucapkan kerap didorong oleh keinginan mempengaruhi dan mendapatkan kepercayaan rakyat, termasuk membina persepsi negatif terhadap musuh politiknya. Maka sebagai rakyat, mendekatinya perlulah dengan cermat dan teliti, semoleknya diperhalusi, dikaji dan dipertimbangkan dengan tapisan akal-sihat, kewarasan dan kematangan fikiran.

(i)
(ii)
Barangkali tidak semua yang diungkapkan itu benar. Dan barangkali juga tidak semua yang diungkapkan itu tidak benar. Maka. yang benar eloklah kita benarkan, dan yang sebaliknya itu eloklah kita ketepikan saja. Anggap saja itu mainan politik - proses membina persepsi dan pengaruh. Rakyatlah yang seharusnya bijaksana.
Semoga bermanfaat !
____________________________
- SEORANG AKU
No comments:
Post a Comment