Thursday, May 17, 2012

Tentang Cakap Orang Politik dan Cakap-cakap Politik di Blog

Salam hormat,



Cakap-cakap politik tentang cakap orang politik oleh sebilangan penulis blog (penganalisis politik tidak bertauliah) memang ada yang menarik untuk direnung-fikirkan dan dikonsepsikan semula sebagai pencetus pandangan umum masyarakat. Dengannya pilihan persepsi dibina untuk penerimaan orang biasa rakyat negara ini, apa lagi yang dikategorikan sebagai "pengundi atas pagar". 

Biasanya orang politik (apa lagi pemimpin politik berjenama) akan terlalu ghairah bercakap tentang sesuatu isu (atau sengaja mencipta isu) yang pada pandangan mereka dapat membawakan keuntungan kepada kerjaya politiknya atau kelangsungan masadepan partinya, walaupun isu itu memang tidak benar atau belum sahih kebenarannya.

Pada mereka, mereka tidak perlu membuktikan kebenarannya. Itu tugas pihak yang diterlibatkan dan dijadikan isu. Yang penting isu mesti dicari, di ketengahkan dan disebarluaskan. Perang isu mesti disemarakkan di kancah politik negara. Mudah-mudahan mereka memperoleh manfaatnya.  

Namun begitu, orang politik kerap lupa akan pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Makanya mereka mudah bercakap-cakap, tidak menghalusi percakapannya, dan akan cenderung berlebih-lebihan, terlepas cakap dan kadang-kadang emosional.

Orang politik kerap gagal memahami bahawa cakap-cakap mereka bukan hanya untuk dikunyah oleh penyokong mereka dan penyokong musuh mereka, tetapi juga untuk dihalusi oleh kelompok rakyat "non-partisan" dan "pengundi atas pagar".

Sesungguhnya kelompok ini juga turut menilai, membina dan memperkukuh persepsi tentang diri pemimpin politik yang bercakap-cakap itu, yang kemudiannya mengembangluaskan cakap-cakap politiknya pula (tentang cakap orang politik tadi) di media blog milik mereka sendiri. Dan blog sedemikian rupa tentu saja memiliki golongan pengikut (pembaca) yang selalu saja akur dengan pandangan peribadi mereka.

Dengan demikian, sebagai orang politik, baik orang kerajaan atau orang pembangkang, usahlah seenaknya berbicara. Ingatlah bahawa cakap-cakap politik mereka belum tentu mendatangkan keuntungan sepenuhnya kepada diri dan parti mereka. Malah mungkin saja mereka dan parti mereka sendiri yang akan rugi kerana 'kecabulan' (kecerobohan) mulut mereka sendiri! Yang sedang diperjudikan ialah integriti orang politik itu sendiri di mata rakyat banyak.    

Gurindam Dua Belas (Gurindam 7) juga ada menyebutkan : 
Apabila banyak berkata-kata, di situlah jalan masuk dusta.
Demikianlah adanya. Tepuk dada tanyalah selera!

___________________________ 

- SEORANG AKU

  




Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru : Daripada Guru untuk Guru

Salam hormat,


Sempena Hari Guru 2012 ini, kutitipkan tiga antara cebisan pesanan SMS yang aku terima daripada rakan guru.
A teacher is a mother when the students cry, A father when the students need dicipline, A friend when the students want to have fun, An enemy when the students do wrong. In all a teacher has to be everything to their students.
Guru umpama matahari memberi cahaya pada semua, mendidik takpernah kenal erti putus asa, menabur budi takpernah fikir dibalas jasa, walaupun kadangkala terluka  - senyum tetap gembira, sifatmu guru celik akal dan cekal sentiasa, semuanya demi agama, bangsa dan negara.   
A good teacher teachs from the heart and not from the books, like wonderful teachers like you.



Demikianlah, guru adalah segala-galanya.
Dan sesungguhnyalah guru yang baik itu mengajar dengan hati nuraninya, tulus dan pasrah.
Semoga kalian terus tabah-gigih melaksanakan tugas murni insan pendidik.

___________________________

- SEORANG AKU


Selamat Hari Guru 2012

Salam hormat,


"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Untuk semua rakan guru, dikenali dan tidak dikenali, SELAMAT HARI GURU! Semoga kalian terus tabah-gigih mengisi setiap ruang dan peluang yang ada (atau tersisa) untuk terus berbakti dan mendidik dengan hati nurani, tulus dan pasrah. Sesungguhnya tidak ada yang lebih membahagiakan insan guru melainkan kejayaan anak didiknya ! 

Pesan berikut ini kutitipkan untuk kalian, jika kalian sudi mengutipnya. 





Sekian. Sekali Guru Selamanya Guru!
Jadilah guru yang menyenangi muridnya dan menyenangkan muridnya.

Terima kasih.

_______________________________

- SEORANG GURU

Friday, May 11, 2012

Perihal Kalungan Bunga dan Simbolik Kematian

Salam hormat,


Kalungan bunga untuk (gambar potret) mereka yang telah meninggal dunia biasa kita temukan dalam kalangan pengamal agama bukan Islam. Namun, kalungan bunga untuk foto manusia yang masih hidup yang dikaitkan dengan atau sebagai lambang kematian sesuatu yang diperjuangkan, mula dijadikan mainan dewasa ini. Semuanya berkaitan dengan politik.

Inilah yang selalu aku sebutkan sebagai "kegilaan berpolitik" dan strategi "matlamat menghalalkan cara". 

Lihatlah dengan teliti gambar perjuangan segelintir mahasiswa menuntut pemansuhan PTPTN tempoh hari. Gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi diberikan 'penghormatan' dengan kalungan bunga dan diperarakkan dalam demonstrasi aman perjuangan mahasiswa menuntut pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN yang dianggap membebankan golongan mahasiswa. 




Dan terkini, demonstrasi PERKASA pula di hadapan rumah Lim Guan Eng juga memaparkan kalungan bunga sedemikian rupa. 


Lim Guan Eng menyifatkan perbuatan kumpulan budak-budak penunjukperasaan PERKASA itu pada pagi kelmarin sebagai tidak bertamadun, dan menghina kaum India kerana mempersendakan ritual mereka. Dewan Pemuda PAS Pulau Pianng pula mengutuknya sebagai tindakan yang begitu biadap dan tidak mencerminkan kesopanan sebagai orang Melayu yang terkenal dengan budi pekerti yang luhur. 

(Rujuk di blog dinturtle - BLOGGER PARTI MELAYU berikut ini)

Dan bagaimanakah pula dengan gambar yang berikut ini?
(Rujuk di blog EKELEH, dengan tajuknya, "Kini Gambar Najib Menjadi 'Buddha' Pula Tersebar") 


Aku berpandangan bahawa sesiapa pun tidak wajar berkelakuan sedemikian rupa. Perihal kalungan bunga sebagai lambang kematian bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan. Pernyataan-pernyataan seperti "tidak bertamadun, menghina kaum India (mempersendakan ritual mereka), begitu biadap, dan tidak mencerminkan kesopanan manusia Melayu yang kaya budi pekerti luhur" itu sememangnya layak diungkapkan sebagai tidak menepati nilai kemanusiaan dan aspirasi RUKUNEGARA berkaitan dengan prinsip "Kesopanan dan Kesusilaan". 

Baik Budak-budak PERKASA atau kelompok mahasiswa yang berkaitan, mereka sama saja. 

Mereka bukan saja gagal menerjemahkan maksud simbolisme dalam perjuangan, malah memilih perlambangan yang tidak tepat dalam menegakkan perjuangan mereka. Sebagai contoh, kalau mahasiswa mendakwa perjuangan mahasiswa telah mati atau dimatikan, maka kalungan bunga itu lebih wajar diletakkan di foto mahasiswa, bukan dua tokoh berkaitan. Hal itupun sebaiknya tidak dilakukan mereka. PERKASA juga tidak wajar melakukan hal yang sama apabila mahu menganggap bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah mati kerana gagal melaksanakan tugasnya membela rakyat umum di Pulau Pinang. 

Yang jelas, kedua-dua pihak memang tidak wajar berkelakuan demikian. Noktah.

Pun begitu, kutukan sedemikian rupa semoleknyalah tidak hanya ditujukan kepada kelompok budak-budak PERKASA yang berdemonstrasi itu, tetapi juga kepada kelompok mahasiswa yang juga berdemonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN tempoh hari. 

Malangnya Lim Guan Eng dan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang tidak pula menghamburkan kutukan yang sama kepada kelompok mahasiswa yang melakukan hal yang hampir sama. Demikianlah sempitnya dunia politik mereka. Demikianlah hipokritnya mereka.  

_____________________

- SEORANG AKU







What's the taste of salty coffee ? It's sweet !

Salam hormat,


Aku menyenangi kisah-kisah kehidupan insan yang sarat dengan nilai kasih sayang dan perjuangan serta pengorbanan ke arah mempertahankannya kerana sesungguhnya tidak mudah untuk menghargai dan menjunjung tinggi nilai kasih sayang itu. 

Kisah "Salty Coffee" dalam blog MIORAZLI (9 Mei 2012) merupakan antara contoh kisah yang dimaksudkan itu. Satu-satunya kebohongan (yang tidak disengajakan) telah menjadi pengikat kasih sayang antara dua insan, dan dipertahankan hingga ke akhir hayat demi orang yang disayang. Demikinlah manusia dan cebisan kehidupannya, aneh tapi tidak mustahil.

Diperturunkan "Salty Coffee" untuk renungan bersama. Semoga bermanfaat.

WEDNESDAY, MAY 9, 2012



Salty Coffee

He met her at someone's wedding. He requested her to have coffee with him, she was surprised but due to being polite, she promised. They sat in a nice coffee shop, he was too nervous to say anything, she felt uncomfortable, and she thought to herself, "Please, let me go home..."


Suddenly he asked the waiter, "Would you please give me some salt? I'd like to put it in my coffee." Everybody stared at him, so strange! His face turned red but still, he put the salt in his coffee and drank it. She asked him curiously, "Why you have this hobby?" He replied, "When I was a little boy, I lived near the sea, I liked playing in the sea, I could feel the taste of the sea, just like the taste of the salty coffee. Now every time I have the salty coffee, I always think of my childhood, think of my hometown, I miss my home town so much, I miss my parents who are still living there."

While saying that tears filled his eyes. She was deeply touched. That's his true feeling, from the bottom of his heart. A man who can tell out his homesickness, he must be a man who loves home, cares about home, has responsibility of home... Then she also started to speak, spoke about her faraway hometown, her childhood, her family.

That was a really nice talk, also a beautiful beginning of their story. They continued to date. She found that actually he was a man who meets all her demands; he had tolerance, was kind hearted, warm, careful. He was such a good person but she almost missed him! Thanks to his salty coffee! Then the story was just like every beautiful love story, the princess married to the prince, and then they were living the happy life... And, every time she made coffee for him, she put some salt in the coffee, as she knew that's the way he liked it.

After 40 years, he passed away, left her a letter which said, "My dearest, please forgive me, forgive my whole life's lie. This was the only lie I said to you---the salty coffee. Remember the first time we dated? I was so nervous at that time, actually I wanted some sugar, but I said salt. It was hard for me to change so I just went ahead. I never thought that could be the start of our communication!

I tried to tell you the truth many times in my life, but I was too afraid to do that, as I have promised not to lie to you for anything... Now I'm dying, I afraid of nothing so I tell you the truth, I don't like the salty coffee, what a strange bad taste... But I have had the salty coffee for my whole life! Since I knew you, I never feel sorry for anything I do for you. Having you with me is my biggest happiness for my whole life. If I can live for the second time, still want to know you and have you for my whole life, even though I have to drink the salty coffee again."

Her tears made the letter totally wet. Someday, someone asked her,"What's the taste of salty coffee?" She replied, "It's sweet."


It’s a little bit unrealistic story but the moral and the message of the story is wonderful.


Wednesday, May 9, 2012

BERSIH 3.0 : Mencari Keadilan di atas Jalanan

Salam hormat,


BERSIH 3.0 sudah berlalu pergi. Maka yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Yang tinggal kini hanyalah kenangan. Sekarang ini waktu untuk semua pihak berkepentingan merungkai punca dan implikasi kelangsungannya, daripada perspektif masing-masing - mencari kebenaran atau menegakkan benang basah. 

Yang paling sibuk tentunya pihak yang membuat penyiasatan dan pelaporan untuk tindakan selanjutnya - sama ada dengan atau tanpa autoriti - antaranya termasuklah pihak PDRM, Majlis Peguam, Suhakam, pemimpin politik dan orang awam sendiri. Masing-masing ada kaca-mata masing-masing. 

Namun yang paling banyak terbeban dengan semua karenah peristiwa (hitam) bersejarah itu ialah pemikiran rakyat jelata. 
Apa pun dapatan dan tindakannya, yang lebih utama tentunya melihat kesemuanya daripada kaca-mata perundangan negara. Biarlah undang-undang mengambil tempatnya dan menentukan keadilannya sendiri. 

Sementara itu, selamat mendengar dan berfikir tentang kandungan klip video yang dipaparkan di bawah ini.



(ii)



(iii)


(iv)



(v)



(vi)



(vii)



(viii)

>

(ix)





_________________________

- SEORANG AKU

Tuesday, May 8, 2012

Perhimpunan Aman, Kebebasan Individu dan Kematangan

Salam hormat,


Kita selalu diuar-uarkan tentang hak (rakyat) berhimpun secara aman yang diizinkan Perlembagaan Negara.

Sehubungan itu, artikel Profesor Madya Shamrahayu A Aziz (UIAM) di Berita Harian Online hari ini (8 Mei 2012) menarik dan elok dihalusi serta ditelaah, apa lagi oleh pihak yang hanya tahu bercakap tentang kebebasan individu dan hak asasi manusia, atau mudah dimanipulasi oleh ketaksuban perjuangan atas nama rakyat, atau si manipulator yang memang sengaja memanipulasinya untuk tujuan pengaruh dan populariti. 

Diperturunkan artikel tersebut yang bertajuk "Kebebasan Individu Menuntut Kematangan" untuk direnungfikirkan.



Kebebasan individu tuntut kematangan
Oleh Shamrahayu A Aziz
bhnews@bharian.com.my
2012/05/08 
Perlembagaan letak syarat hak berhimpun dilaksana dalam aman damai 
SEJAK berlangsungnya BERSIH 3.0 akhir bulan lalu, ‘post mortem’ mengenainya masih belum selesai. Mungkin penganalisaan ini akan mengambil sedikit masa untuk kita menyelesaikan apa juga perkara yang lahir atau apa juga pengajaran yang dapat kita kumpul daripadanya. 
Apa yang ingin saya sebut di sini ialah, membudayakan sesuatu yang belum menjadi budaya amat payah untuk dilakukan. Ia memerlukan kematangan tinggi bukan saja individu dan pihak penganjur tetapi juga kelompok masyarakat terbabit, apatah lagi perkara seperti ini yang membabitkan sentimen atau emosi politik. 
Perasaan, sentimen atau emosi ini pada kebiasaannya payah untuk dikawal selia. Mungkin mudah untuk setiap kita meluahkannya dengan kata-kata supaya tidak beremosi, tetapi sesungguhnya ia payah untuk dilaksana.

Dalam mengamal demokrasi, ada kelompok yang sering memperkatakan mengenai peranan setiap individu untuk menyemak tindakan pihak kerajaan, terutamanya. Dalam kata lain, walaupun seseorang itu tidak dipilih menerusi pilihan raya umum dan menjadi wakil rakyat, dia juga berhak menyuarakan fikirannya.

Saya tidak menafikan pembabitan ini penting. Namun, dalam keadaan ini apa yang dipentingkan ialah kebebasan individu. Perlu kita mengambil perhatian bahawa kebebasan individu melampau akan menyisihkan kebebasan awam atau kebebasan berkumpulan. Oleh itu, pembabitan tidak semestinya menerusi perhimpunan.

Sekiranya kita lihat sejarah undang-undang berkaitan perhimpunan jalanan yang mengambil tempat di ruang awam (bukan persendirian) atas tiket demokrasi dan kebebasan berkumpul, kebanyakannya memerlukan keizinan pihak berkuasa. 
Perkembangan mutakhir di bandar besar di Amerika Syarikat juga begitu. Perumpamaan yang sering diberikan ialah kita mahu menggunakan sebuah rumah milik, sudah tentu kita memerlukan keizinan tuannya.

Dalam kes penggunaan tempat awam, walaupun dalam istilahnya ‘tempat awam’ dan dikatakan sebagai milik semua orang, ia tidak boleh dijadikan milik sekelompok dengan menyisihkan kelompok lain.

Dalam keadaan ini, pihak berkuasa mempunyai hak menentukan sama ada satu-satu kumpulan itu berhak untuk menduduki satu-satu tempat yang dikatakan sebagai tempat awam itu.

Saya sedar hujah sebegini agak merimaskan sesetengah pihak. Namun, sekiranya ikhlas kita menghormati hak asasi sebenar, kita perlu memberi mengambil peringatan bahawa dalam memperjuangkan sesuatu, pihak yang lain juga mempunyai hak.

Oleh itu, pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksana bagi pihak lain yang tidak mempunyai kecenderungan sama. Keseimbangan antara kedua pihak inilah yang menghajatkan kematangan setiap pihak.

Ia bukan saja memerlukan kematangan pihak penganjur, tetapi juga kematangan setiap individu yang menyertai perhimpunan seperti ini. Setiap individu hendaklah memahami dan menghayati, bukan dengan kata-katanya saja, tetapi dengan hatinya juga mengenai falsafah, prinsip atau hakikat sesuatu yang dinamakan hak dan kebebasan itu.

Dalam melaksanakan hak yang diberikan oleh undang-undang, sifat jati diri juga perlu kukuh. Semangat sayangkan negara hendaklah tersemat dalam lubuk sanubari setiap warga negara. Mungkin kerana sayangkan negara perhimpunan sebegini dituntut. Ini hujah penganjur dan peserta. Tetapi, sejauh manakah kenyataan ini benar masih boleh dipersoal.

Saya tidak bermaksud mempersoalkan kesetiaan kelompok ini kepada negara, tetapi melihat kepada keadaan dan kenyataan dibuat, kesan kepada negara secara umumnya amatlah besar. Segala macam pernyataan umum menerusi pelbagai media yang dibuat selepas berlakunya kejadian ketika berlangsungnya perhimpunan itu juga membuat saya tertanya-tanya mengenai kematangan dan kecintaan mereka kepada negara ini.

Saya juga pernah mendengar seseorang menyatakan bahawa tidak perlunya undang-undang, terutama permit untuk mengawal perhimpunan dan itulah maksud kebebasan sejati. Saya fikir kenyataan ini amat simplistik.

Semuanya diambil mudah. Kita perlu mengetahui hakikat bahawa undang-undang adalah elemen penting dalam sebuah negara. Ia bukan diniatkan untuk menyisih atau menafikan hak individu tetapi undang-undang berfungsi untuk menjaga hak ramai.

Jika tiada undang-undang mengawal perhimpunan seperti ini, ia akan menjadikan keadaan lebih mengganggu. 
Perlembagaan meletakkan syarat bahawa hak untuk berhimpun hendaklah dilaksana dalam keadaan ‘peaceably’ (aman damai) bukan sekadar ‘peaceful’ (aman). Mungkin ini semata-mata penggunaan perkataan, tetapi gangguan (disturbance) sudah tentu akan berlaku sekiranya ia dilakukan di satu tempat yang dinamakan sebagai ‘tempat awam’.

Sudah tentu apa yang disebut sebagai ‘gangguan’ itu adalah berbeza daripada keganasan. Gangguan mungkin tidaklah seteruk keganasan, namun hakikat sebenarnya ialah kedua-dua itu (gangguan dan keganasan) tidak termasuk dalam hak yang dinamakan hak untuk berhimpun secara aman damai (peaceable) seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan.

Saya masih ragu-ragu kematangan orang kita dalam memahami istilah ‘perhimpunan aman’ ini.

Jika undang-undang dan persepsi berkaitan perhimpunan sedikit berbeza daripada dulu, ia memerlukan perubahan seiring pihak penganjur dan peserta. Sekiranya tidak, maka perubahan undang-undang berkenaan akan menjadi sia-sia belaka. Ia tidak membawa kita ke mana-mana.

Penulis ialah Profesor Madya di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


Semoga bermanfaat.

_____________________

- SEORANG AKU

Saturday, May 5, 2012

BERSIH dari sudut pandangan Dr. Chandra Muzaffar

Salam hormat,


Cerita BERSIH 3.0 sedang hangat di pasaran. Sekadar untuk perkongsian bersama, diperturunkan artikel tulisan Dr. Chandra Muzaffar tentang BERSIH. (Sumber : OutSyed The Box, 2 Mei 2012, Dr Chandra Muzaffar : Bersih Is Hypocrite, Vile, Fraud, Deceit, Duplicit, Diabolical)

Tajukya, "BERSIH AND THE QUEST FOR HUMAN RIGHTS"


BERSIH AND THE QUEST FOR HUMAN RIGHTS.
By Dr Chandra Muzaffar


The Bersih Rally of April 28 has brought to the fore two fundamental human rights: the freedom of assembly and the right to participate in free and fair elections.

It is a shame that the exercise of the first of these rights on that day was marred by acts of violence. Protesters, journalists and police personnel were among those who were hurt and injured. The government has promised an honest, unbiased investigation that will reveal how the violence started, who the perpetrators were and who instigated them. It is also important to find out if foreigners were involved in the rally which degenerated into a riot.

One hopes that apart from police evidence, the investigators will also give serious attention to allegations by the protesters and reports from SUHAKAM and Bar Council monitors. In the interest of the nation the results of the investigation should be made public as soon as possible. More important, firm action should be taken against the culprits, regardless of their role or position in society.

Perhaps the violence that occurred at the Bersih Rally could have been avoided if the organisers had acceded to the request from DBKL and the police to hold the assembly in one of the four stadiums offered to them, including Stadium Merdeka, instead of insisting upon Dataran Merdeka.

According to the Dataran’s 1992 by-laws, the Square can only be used for national events, which is why applications from other NGOs to hold activities related to their specific agenda, had been rejected in the past. Why were the organisers so obstinate about the venue when they could have conveyed the same message about free and fair elections from some other place?

This brings us to that critical question: are elections in Malaysia free and fair?

If we focussed upon actual voting, there has been no evidence of ballot-box stuffing, ballot-box switching, mass disappearance of voters’ names from electoral rolls, gross discrepancies between ballots cast and registered voters and other such instances of blatant electoral fraud since the first general election in 1959.

Of course, there are electoral irregularities and errors some of which have been exposed over the years. Such shortcomings exist in all electoral processes. Indeed, there is no electoral process in the world that is totally free of blemish.

It is partly because there is a degree of integrity in the electoral process that the opposition parties collectively have in various general elections garnered between 35% and 50% of the popular vote.

In the 2008 General Election for instance, the opposition coalition, the Pakatan Rakyat, captured five states, won 10 out of 11 seats in the national capital, and for the first time in history denied the ruling Barisan Nasional (BN) its two-third majority in the Federal Parliament. It has also won 8 out of the 16 by-elections held since 2008. If there is a viable political opposition in the country today it is due largely to a functioning electoral process.

There is yet another yardstick that one can employ to determine whether the electoral process in a particular society is fair or not. If the result of an election reflects voter sentiment accurately, there would be no basis for alleging fraud.

The outcome of every general election in Malaysia has mirrored the prevalent mood within the electorate.

In 1959, unhappiness within a segment of the Malay electorate caused by new citizenship laws, on the one hand, and the crisis within the Malayan Chinese Association (MCA), on the other,led to a decline in support from both communities for the ruling Alliance.

However, in 1964, the threat of Konfrantasi from Indonesia brought the various communities together and boosted the Alliance’s electoral performance.

Fast forward to 2004, the hope generated by a new Prime Minister resulted in a huge victory for the BN but in 2008, disillusionment set in because of the leadership’s perceived inability to deliver its promises and the coalition suffered a severe setback.

All this should not delude us into believing that there is no need for any reform to the way we conduct elections. Partly because of the Bersih 2 episode in July 2011 and partly because of representations from individuals and groups inside and outside government, the Cabinet decided to establish a Parliamentary Select Committee (PSC) to explore ways and means of enhancing the electoral process. The PSC conducted six public hearings in six cities and listened to views and submissions from 106 groups and individuals.

It should be emphasised that the three opposition MPs in the nine member committee played an active role in the PSC’s work.

They were even part of the PSC’s working visits to the United Kingdom, Germany and Denmark. They endorsed the 10 preliminary recommendations presented by the PSC to Parliament on December 1st 2011 which included the proposals to use indelible ink for voting and the cleaning up of the electoral rolls.

They also endorsed 18 out of the 22 recommendations presented to Parliament on April 3rd 2012----- recommendations which included provision for a caretaker government; equitable media access; strengthening the EC; balanced constituency delineation; and political party funding.

The 32 recommendations from the PSC adopted by Parliament constitute the most sweeping reforms to our electoral process ever undertaken in our 54 year history.

Given their nature, some of the reforms will take time to implement. Others can be rolled out immediately. To buttress these changes, the EC has attempted to clarify several issues pertaining to the electoral process in a small booklet.

What is even more significant electoral reform is taking place in the context of other far-reaching changes to political and civil liberties.

A Peaceful Assembly Act has been enacted which facilitates the exercise of a fundamental right.

The Publications law has been amended to ensure judicial review over executive authority. There is more scope now for student participation in politics.

Outdated Emergency Ordinances have been rescinded. And most of all, the ISA has been abolished.

It is an irrefutable fact that through these legislative reforms the space and scope for the expression and articulation of human rights has been expanded and enhanced as never before.

Much more has to be done. Even some of the laws that have been amended will have to be subjected to further review and perhaps abrogated altogether. Citizens groups that are genuinely committed to democratic reform will have to continue to engage the government and the opposition in dialogue and action--- including through the exercise of their right to peaceful assembly.

This is why it is utterly disingenuous and dishonest of opposition leaders and some Bersih 3 activists to behave as if nothing has changed for the better since Bersih 2.

Their vile and vicious condemnation of the changes that have been wrought between Bersih 2 and Bersih 3 ---- changes that they were partly responsible for --- expose them as frauds and hypocrites without any sincere commitment to freedom and democracy.

Through their politics of deceit and duplicity, they continue to manipulate mass sentiments for their own diabolical agenda.

It is this agenda that is the greatest danger to the nation today.


Dr. Chandra Muzaffar is Chairman of the Board of Trustees of Yayasan 1Malaysia.
Petaling Jaya.
1 May 2012.


Selamat berfikir.
___________________________

- SEORANG AKU

Tuesday, May 1, 2012

Memaknakan Perjuangan Rakyat Menjelang PRU Ke-13 ?

Salam hormat, 



Sekadar untuk santapan minda sempena cuti Hari Pekerja, disertakan klip video pada akhir tulisan ini untuk direnungfikirkan.

Dalam sistem demokrasi, rakyat merupakan penentu hala-tuju kepimpinan politik dan nilai kenegaraan. Setiap pemimpin hadir dengan kekuatan dan kelemahan. Pun begitu, setiap tuturkata dan tingkahlakunya perlu ada pertimbangan kebijaksanaan dan pertanggungjawabannya.

Permainan politik adalah proses pembinaan persepsi dan pengaruh. Sulit untuk mencari pemimpin yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan kerana survival kerjaya politiknya  Perjuangan untuk dan demi rakyat lebih kerap dikaburi oleh sentimen memperoleh kuasa.

Sehubungan itulah, setiap wacana pembicaraan sang pemimpin mungkin saja mengandung salah betulnya. Yang diucapkan kerap didorong oleh keinginan mempengaruhi dan mendapatkan kepercayaan rakyat, termasuk membina persepsi negatif terhadap musuh politiknya. Maka sebagai rakyat, mendekatinya perlulah dengan cermat dan teliti, semoleknya diperhalusi, dikaji dan dipertimbangkan dengan tapisan akal-sihat, kewarasan dan kematangan fikiran.


(i)

   

(ii)



Barangkali tidak semua yang diungkapkan itu benar. Dan barangkali juga tidak semua yang diungkapkan itu tidak benar. Maka. yang benar eloklah kita benarkan, dan yang sebaliknya itu eloklah kita ketepikan saja. Anggap saja itu mainan politik - proses membina persepsi dan pengaruh. Rakyatlah yang seharusnya bijaksana.

Semoga bermanfaat !


____________________________ 

- SEORANG AKU