Monday, July 9, 2012

Semangkuk Ubi Rebus Secangkir Kopi

Salam hormat,


Semangkuk ubi rebus secangkir kopi
bertemankan sambal tumis ikan bilis
atau sesekali kelapa parut tersaji
untuk sarapan pagi,
atau kudapan bila lapar membisik telinga
sungguh nikmat terasa.

Waktu kecil-kecil dulu, waktu hujan lebat turun
mencurah-curah tak henti-henti
lalu banjir pun
melanda kampung berhari-hari
hidangan masih tetap sama, dicicipi dengan penuh selera
meski ubi ganyut cuma.

Anak-anak sekarang berbeza jauh seleranya
KFC, McDonald, Pizza Hut dan entah apa lagi jadi mainan bicara
lempeng atau jemput-jemput pisang dihidang tak akan terusik
jauh sekali si getuk ubi
tak akan terpandang tak pernah terbayang.

Bilakah agaknya dapat dihadirkan
ubi rebus atau lempeng pelbagai jenama dan rasa
di minda para pencipta resepi anak bangsa
jadilah pelengkap makanan segera
di warung biasa atau restoran ternama.
______________________________________

- AWAYZHA


No comments:

Post a Comment